animasi  bergerak gif

DO IT !

Have faith in your abilities!

DREAM IT !

Believe in yourself!

SPREAD IT !

Believe in Miracle!
 

Pages

BAB 3 (TINGKATAN 4) DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI

Sunday, January 12, 2014

DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI


Soalan : Susunkan mengikut urutan jenis-jenis dokumen.

SEBELUM MEMBELI
1. Surat Tanya
2. Surat jawapan
3. Sebut harga
4. Senarai harga
5. Katalog
DALAM PROSES MEMBELI
1. Nota pesanan
2. Nota serahan
3. Nota kiriman
4. Invois
5. Invois pro - froma
6. Nota debit
7. Nota kredit
SELEPAS MEMBELI
1. Penyata akaun
2. Resit

Soalan : Huraikan fungsi setiap dokumen.
Soalan : Kenalpasti jenis diskaun, syarat serahan & bayaran.

SURAT TANYA
1. Dokumen dari peruncit kepada pemborong
2. Fungsi - untuk bertanya tentang barang yang hendak dibeli
3. Butir - jenis barang - harga barang - kuantiti - syarat serahan dan syarat bayaran

SURAT JAWAPAN
1. Dihantar oleh pemborong kepada peruncit
2. Dilampirkan bersama sama ada sebut harga / senarai harga atau katalog
3. Fungsi – memberi keterangan lanjut mengenai barang yang boleh dibekalkan.

SEBUT HARGA
1. Senarai harga barang yang diminta oleh pembeli

SENARAI HARGA
1. Senarai harga barang yang dijual oleh pemborong

KATALOG
1. Maklumat barang yang dicetak dan disertakan bersama gambar yang berwarna dan menarik
2. Tiada harga dicetak tetapi ada no rujukan
3. Harga dicetak ditempat lain untuk menjimatkan kos jika ada perubahan harga

BUTIRAN DALAM SEBUT HARGA
1. Pemborong menyatakan jenis serahan

JENIS SERAHAN
1. Serahan sedia - sebaik pesanan diterima
2. Serahan segera - beberapa hari selepas pesanan diterima
3. Serahan hadapan - pada tarikh yang ditetapkan

SYARAT SERAHAN
1. Ang. Had. - pembeli perlu membayar kos angkutan
2. Ang. Dibayar - pembeli tidak perlu membayar kos angkutan
3. P. ke DK - Kos angkutan percuma sehingga barang dipunggah ke dalam kapal sahaja. Tambang kapal dibayar oleh pembeli
4. KIT - Harga barang telah merangkumi kos, insuran dan tambang - pembeli tidak perlu membayar lagi.
SYARAT BAYARAN
1. Penerimaan 7 hari sahaja - harga dalam sebutharga sah hanya 7 hari daripada tarikh sebutharga
2. Dengan akaun diakui -pemborong hanya memberi kredit kepada pembeli tetap sahaja
3. Tunai waktu pesanan - bayar perlu dijelaskan sewaktu pesanan dibuat
4. Tunai bersih - jika ditulis 3 hari, bermakna perlu dijelaskan dlm tempoh 3 hari
5. Tunai segera - bayaran perlu dibuat beberapa hari selepas barang diterima.

SYARAT DISKAUN
1. Diskaun niaga - diberi untuk menggalakan pembeli membeli dalam kuantiti yang banyak cth 10 % - pe mbelian melebihi RM 1000
2. Diskaun tunai - diberi untuk menggalakkan pembeli membayar hutang dengan segera cth 10% - 10 hari,






Contoh pengiraan diskaun niaga
Arif peniaga pasar malam membeli stoknya bernilai RM1 800 daripada syarikat borong XYZ dan ditawarkan diskaun niaga 15%. Kirakan jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh Arif.
          Harga invois                                                  RM1 800
          Tolak :
          Diskaun niaga (RM1 800 x 15/100)                  RM   270
          Jumlah perlu dibayar                                      RM1 530

Contoh Pengiraan diskaun tunai
Aisyah membeli barang X bernilai RM2500 daripada pemborong Seri Gemilang pada 1 Julai 2003. Pemborong tersebut menawarkan diskaun tunai 5%, 7 hari dan 2% 14 hari. Kirakan jumlah yang perlu dibayar sekiranya Aisyah membayar pada 10 Julai.
Harga invois                                                  RM2 500
Tolak : 
          Diskaun tunai (RM2 500 x 2/100)                     RM    50
          Jumlah perlu dibayar                                      RM2 450

BORANG PESANAN
1. Dihantar oleh pembeli kepada pemborong untuk memesan barang
2. Butir – nama dan alamat pembeli / jenis barang dan kuantitinya

NOTA SERAHAN
1. Dihantar oleh pemborong kepada pembeli
2. Dihantar bersama-sama barang yang dipesan
3. Dibuat dalam tiga salinan
4. Perlu ditandatangani oleh pembeli sebagai bukti penerimaan
5. Harga barang tidak dicatatkan
Fungsi
1. Menyatakan jenis dan kuantiti barang yang dihantar
2. Membolehkan pembeli memeriksa dan mengakui barang dalam keadaan baik
3. Sebagai bukti penerimaan barang

NOTA KIRIMAN
1. Dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan jika pemborong menghantar barang menggunakan kenderaan syarikat pengangkutan
2. Dibuat dalam tiga salinan- untuk pengangkutan, pemborong dan pembeli
3. Butir - nama dan alamat, kuantiti dan jenis barang, bayaran pengangkutan
4. Nota ini diserah kepada pembeli melalui pemandu kenderaan
5. Perlu ditandatangani oleh pembeli sebagai bukti syarikat pengangkutan telah menyempurnakan tugas.


INVOIS
1. Dihantar oleh pemborong kepada pembeli jika pembelian dibuat secara kredit
2. Fungsi - memberitahu pembeli maklumat barang yang telah dijual dan jumlah hutang yang perlu dibayar
3. Sebagai catatan / rujukan dalam akaun
4. Butir - ada perkataan K & K di K - kesilapan dan ketinggalan dikecualikan. Pemborong boleh membetulkan sebarang kesilapan dan ketinggalan dalam invois dengan menghantar nota kredit atau nota debit.

NOTA KREDIT
Dihantar oleh pemborong kepada pembeli untuk membetulkan kesilapan dalam invois hutang akan dikurangkan sebab
1. Jumlah hutang tertulis lebih dari jumlah sebenar
2. Barang rosak / salah jenama dipulangkan
3. Botol kosong dipulangkan
4. Pembeli diberi elaun / diskaun

NOTA DEBIT
Di hantar oleh pemborong untuk membetulkan kesilapan dalam invois
hutang pembeli akan ditambah sebab
1. Jumlah hutang kurang daripada jumlah sebenar
2. Botol kosong dikenakan bayaran
3. Beberapa jenis barang tidak ditulis dikenakan bayaran
4. Pembeli dikenakan faedah

INVOIS PRO - FORMA
1. Fungsi dan butiran sama seperti invois
Digunakan jika
1. Pembeli dikehendaki membayar harga barang dahulu semasa pesanan
2. Digunakan sebagai senarai harga
3. Untuk penghantaran barang "uji dahulu sebelum beli"
4. Untuk kegunaan perniagaan luar negeri sebagai anggaran harga

PENYATA AKAUN
1. Dihantar oleh pemborong kepada pembeli yang membeli secara kredit
Fungsi
1. Memberitahu baki hutang
2. Membolehkan pembeli membuat semakan dengan akaunnya
3. Sebagai satu cara terhormat meminta bayaran hutang
4. Memberitahu pembeli semua urusniaga lengkap selama sebulan cth belian, bayaran



RESIT
1. Dihantar oleh pemborong jika pembeli membuat bayaran
Fungsi
1. Bukti bayaran telah diterima
2. Sebagai catatan rujukan akaun
3. Sebagai tanda urusniaga berakhir secara kredit.

 

KAEDAH JUALAN


JUALAN TUNAI

Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud jualan tunai.

tunai diterima sebaik sahaja barang atau perkhidmatan diserah kpd pelanggan
  1. diamalkan oleh peruncit besar-besaran – prinsip ‘volum besar untung sedikit’
  2. juga mesin peruncitan automatik & kedai perkhidmatan
  3. kutipan boleh digunakan – tanggung belanja operasi harian
  4. jualan murah – kukuhkan tunai

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan jualan tunai kepada penjual dan pembeli.

Kelebihan kpd Penjual
1.    Mengelak – hutang lapuk
2.    Mendapat diskaun tunai
3.    Tunai dikutip – dilabur semula
4.    Tunai kukuh - Meningkatkan imej kredit
5.    Kurang belanja merekod hutang
6.    Boleh beroperasi – walaupun modal kecil
7.    harga lebih murah – jualan meningkat
Kelebihan kpd Pembeli
  1. Belanja dihadkan – pegangan tunai
  2. Mendapat harga yg lebih murah
  3. Terpaksa merancang – batasan tunai
  4. Tidak dibeban – hutang

Kekurangan kpd Penjual
  1. Hilang pelanggan – tak mampu
  2. Tidak sesuai – barang mahal
  3. Saingan – jualan kredit

Kekurangan kpd Pembeli
  1. Tidak dapat – menikmati barang mewah
  2. Kerana kurang tunai seperti kereta
  3. Menanggung kesan inflasi
  4. Barang yang tak dapat dibeli – naik harga


JUALAN KREDIT

Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud jualan kredit.

Membenarkan pembeli menggunakan barang sebelum harganya dijelaskan
  1. diamalkan meluas – antara pemborong dgn peruncit
  2. bekal barang – syarat kredit 3 hingga 6 bulan
  3. tempoh kredit – masa mengumpul tunai
  4. jika tidak bayar – bekalan diputus atau faedah dikenakan
  5. bolehkan peruncit kecil-kecilan beroperasi
  6. satu adat perniagaan – tanpa perjanjian resmi
  7. kadang kala – sedikit pendahuluan atau cengkeram
  8. baki – sekali gus atau ansuran
  9. harga lebih mahal – mengenakan faedah
10. dua jenis – bayaran tertunda & sewa beli

Bayaran tertunda

Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud bayaran tertunda.

  1. Barang – jadi milik pembeli – selepas bayar pendahuluan
  2. & tandatangan perjanjian
  3. baki – ansuran
  4. tidak bayar – pembeli akan dakwa
  5. tidak boleh tarik barang – kerana nilai jualan semula barang rendah
  6. ciri-ciri barang – tidak tahan lama, nilai terpakai rendah cth jam tangan & mengikut keperluan individu cth cermin mata

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan bayaran tertunda kepada penjual dan pembeli.

Kelebihan kpd Penjual
  1. menambah jualan – termasuk barang yg tidak terjual secara tunai
  2. harga jualan lebih tinggi – mengenakan faedah
Kekurangan kpd Penjual
  1. hutang lapuk
  2. Tidak boleh tarik barang

Kelebihan kpd Pembeli
  1. Menikmati barang – walaupun belum jelas bayaran
  2. tidak boleh tarik balik barang
Kekurangan kpd Pembeli
  1. boleh didakwa di mahkamah
  2. harga tinggi



Sewa beli
Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud sewa beli.
  1. Barang – boleh diguna pembeli – selepas bayar pendahuluan
   & tandatangan perjanjian
  1. baki – ansuran
  2. tidak bayar – boleh tarik balik
  3. ciri-ciri barang – tahan lama

Contoh pengiraan faedah dan ansuran bulanan
Sebuah motosikal dijual secara sewa beli dengan harga RM4 000. Pembeli dikenakan bayaran pendahuluan sebanyak 20% dan faedah 10% setahun di kenakan atas baki. Kirakan jumlah yang perlu dibayar oleh pembeli jika tempoh adalah 2 tahun.

          Harga tunai                                                             RM4 000
          Pendahuluan 20%   (RM4 000 x 20%)                       RM   800
          Baki                                                                       RM3 200
          Faedah 10% setahun atas baki selama 2 tahun
                   (RM3 200 x 10% x 2 tahun)                           RM   640
          Jumlah hutang (RM3 200 + RM 640)                         RM3 840
          Ansuran bulanan (RM3 480 / RM  24)                         RM  160

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan sewa beli kepada penjual dan pembeli.

Kelebihan kpd Penjual
  1. menambah jualan – termasuk barang yg tidak terjual secara tunai
  2. harga jualan lebih tinggi – mengenakan faedah
  3. boleh tarik barang
Kekurangan kpd Penjual
  1. hutang lapuk
  2. rugi jika barang yg ditarik – rosak
  3. belanja merekod hutang
  4. modal besar

Kelebihan kpd Pembeli
  1. Menikmati barang – sambil buat bayaran
  2. digalakkan berjimat – kena bayar ansuran
  3. boleh guna barang cari pendapatan
  4. taraf hidup meningkat
  5. menguji pakai – henti bayar jika mutu rendah
Kekurangan kpd Pembeli
  1. barang ditarik balik – jejas ketenteraman hidup
  2. harga tinggi
  3. terdorong berbelanja melebihi kemampuan
  4. membebankan – jejas bidang lain yg penting
  5. mewah sekarang, derita kemudian


Soalan : Huraikan Perbezaan antara Bayaran tertunda & sewa beli.


Bayaran tertunda
sewa beli.
1. Selepas bayar pendahuluan
dimiliki pembeli
boleh diguna pembeli
3. Perjanjian & pulang barang
boleh mendakwa jika tak bayar
menarik balik barang jika tak bayar
3. Perjanjian & pulang barang
tidak boleh batal perjanjian & pulang barang
boleh batal perjanjian & pulang barang jika tidak sesuai
4. Barang yg sesuai

bernilai rendah cth cermin mata
tahan lama & nilai terpakai tinggi cth bas

JUALAN PRABAYAR
Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud jualan pra bayar.
Maksud
Memerlukan pembeli bayar dahulu sebelum barang jualan atau perkhidmatan diserah kpdnya
Ciri-ciri
  1. diamalkan dlm bidang komunikasi cth kad telefon
  2. digunakan apabila kewangan pengguna diragui
  3. jika belian dilakukan secara internet (belian secara talian terus)

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan jualan prabayar kepada penjual dan pembeli.

Kelebihan kpd Penjual
  1. meluaskan pasaran
  2. pasaran terjamin
  3. tunai – dikutip dahulu
  4. tiada – hutang lapuk
Kekurangan kpd Penjual
  1. pasaran merosot
  2. sesuai bidang perkhidmatan sahaja

Kelebihan kpd Pembeli
  1. mengawal belanja
  2. Mendapat harga yg lebih murah - diskaun
  3. dapat perkhidmatan – cepat
Kekurangan kpd Pembeli
  1. terpaksa bayar – belum terima perkhidmatan
  2. kad rosak – tidak boleh tuntut


JUALAN KONSAINAN
Soalan : Jelaskan dengan contoh maksud jualan konsainan.
Maksud
Barang dihantar oleh pembekal kepada peniaga untuk dijual dengan syarat barang akan dipulang balik sekiranya tidak terjual cth jualan kereta lama, karya pelukis

Ciri-ciri
  1. Hak milik dipegang oleh konsainor – sehingga barang dijual
  2. Konsaini – mengutip & mengirim hasil jualan setelah ditolak komisen
  3. Konsaini – tidak bayar kos barang – hanya ejen jualan
  4. Konsaini – menyimpan & mengawal barang – tidak bertanggung jawab – rosak, curi, hilang
  5. Barang yg tidak terjual – pulang balik tanpa kena kos kpd konsaini

Soalan : Senaraikan kelebihan dan kelemahan jualan konsainan kepada konsainor dan konsaini.
Kelebihan kpd konsainor
  1. serah kerja jualan – jimat masa
  2. serah kpd pihak yg ada rangkaian pemasaran & reputasi
  3. bayar sedikit komisen

Kekurangan kpd konsainor
  1. menanggung risiko rosak, curi, hilang – barang dipegang org lain
  2. barang dipulang balik – usang, tamat tempoh
  3. barang tidak disenggara
  4. mungkin tidak dibayar – tindakan udg2 rumit khasnya luar negara
Kelebihan kpd Konsaini
  1. tidak bayar kos barang
  2. tidak menanggung risiko - rosak, curi, hilang
  3. jual bg pihak banyak konsainor – kos jualan disebarkan
Kekurangan kpd Konsaini
  1. tidak bebas urus jualan – terikat dgn syarat konsainan
  2. sedia tempat jualan yg luas


FAKTOR PEMILIHAN
Soalan : Huraikan faktor-faktor yg mempengaruhi pemilihan kaedah jualan.
1. Keperluan tunai
  • Utamakan tunai – jualan tunai & prabayar
  • Tidak perlu – jualan kredit kerana margin untung tinggi
2. Jenis barang
  • barang mewah & mahal – pengguna tak mampu - jualan kredit
  • barang nilai rendah – gula, tisu – jualan tunai
  • barang kurang laris – jualan konsainan cth karya pelukis
  • kad telefon & kad tambang – jualan prabayar
3. Kemampuan pembeli

  • jika mampu – jualan tunai – kerana harga lebih rendah
  • jika tidak – jualan kredit – juga pilihan yg wajar

BAB 3.(TINGKATAN 4) PERNIAGAAN BORONG

PERNIAGAAN BORONG


Soalan : Huraikan Fungsi Pemborong Kepada Pengeluar
1. Membeli stok secara pukal dan memecah pukal
  • membolehkan pengeluar melakukan pengeluaran barang secara besar-besaran & mendapat modal pusingan cepat
  • menjimatkan kos pengeluaran kerana kerja pembungkusan dan upah pekerja ditanggung oleh pemborong
2. Mengurangkan kos pergudangan
  • menyediakan kemudahan pergudangan sendiri bagi menyimpan stok pukal yang dibeli
  • barang keluarannya tidak disimpan lama.
3. Mengurangkan kos pengangkutan
  • memiliki kemudahan mengangkut barang yang dibeli ke gudangnya.
  • tidak perlu menyediakan kenderaan sendiri
4. Pengendali pasaran
  • memperluaskan lagi pasaran bagi produknya.
  • pemborong mempunyai rangkaian peruncit sendiri untuk mengagihkan barangnya.
5. Memberi maklumat pasaran
·         orang tengah antara pengeluar dengan peruncit.
·         menyampaikan teguran serta komen peruncit dan pelanggannya kepada pengeluar.

Soalan : Huraikan Fungsi Pemborong Kepada Peruncit
1. Membekalkan beraneka jenis barang
  • memudahkan - tidak perlu - mendapatkan bekalan stok daripada pelbagai pengeluar dari merata-rata tempat.
2. Memberi kemudahan kredit
  • menangguhkan bayaran atau hutangnya sehingga barang itu dijual kepada pengguna.
  • merancang modal pusingan dengan sempurna.
3. Menghantar barang kepada peruncit
  • tidak perlu menyediakan kenderaan sendiri
  • menjimatkan kos pengangkutan dan masa peruncit.
4. Menyimpan stok yang mencukupi
  • membolehkan peruncit mendapat bekalan secara berterusan dan ini
  • mengekalkan pelanggannya
5. Memberi maklumat dan nasihat
·         berkenaan barang baru kepada peruncit.



Soalan : Huraikan Fungsi Pemborong Kepada Pengguna
1. Menstabilkan harga barang
·         sentiasa menyimpan stok barang yang mencukupi
·         mengelakkan kenaikan harga barang.
·         menerima manfaat menerusi harga barang yang stabil.
2. Menyediakan bekalan yang berterusan
  • menyimpan stok yang mencukupi dalam gudangnya
  • supaya bekalan tidak terputus – elak cenderung membeli banyak
  • menyebabkan perbelanjaan pengguna meningkat.
3. Menyampaikan maklumat
  • memberitahu peruncit tentang maklumat yang terkini bagi produknya.
4. Melakukan kerja-kerja akhir / pecah pukal
  • seperti menggred, membungkus, menimbang, melabel dan sebagainya.
5. Mempelbagaikan pilihan
  • mempelbagaikan pilihan pengguna akhir terhadap barang beraneka jenis yang ada pada peruncit.

Soalan : Terangkan Persamaan antara Perniagaan Borong dengan Perniagaan Runcit
1. Aktiviti pengagihan barang
·         membeli barang bagi tujuan untuk dijual semula 
2. Bermotifkan keuntungan
·         menjalankan kegiatan jual beli dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. 
3. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
·         mengagihkan barang agar bekalan dapat disampaikan kepada pengguna akhir
4. Melakukan kegiatan memecah pukal
·         seperti menggred, membungkus, menimbang, melabel dan sebagainya.
5. Bertindak sebagai sumber maklumat pasaran
·         menyalurkan maklumat pasaran kepada pengeluar - reaksi pelanggan, cita rasa pengguna
Soalan : Nyatakan Perbezaan antara Perniagaan Borong dengan Perniagaan Runcit
·         Modal
·         Kos promosi dan iklan
·         Kos pergudangan
·         Kerja-kerja akhir
·         Peragaan
·         Kemudahan membeli-belah

Soalan : Mengapa pemborong memerlukan modal besar.
·         Beli pukal & bayar tunai
·         Beri kredit & tanggung risiko hutang lapuk
·         Belanja gudang
·         Risiko simpan stok
·         Kos overhed tinggi – iklan & gaji
·         Kendali pengangkutan


Soalan : Nyatakan Perbezaan antara Perniagaan Borong dengan Perniagaan Runcit


Perniagaan Borong
Perniagaan Runcit
1. Kedudukan dalam saluran agihan
orang tengah antara pengeluar dengan peruncit.
peruncit - orang tengah antara pemborong dengan pengguna akhir.
2 Saiz pembelian barang
secara pukal daripada pengeluar
dalam kuantiti yang kecil daripada pemborong
3. Saiz modal
besar - menyediakan kemudahan pelbagai
kecil
4 kemudahan gudang
untuk menyimpan stok pukal yang dibeli daripada pengeluar
tidak ada kerana stok diperoleh daripada pemborong
5 Hiasan dan peragaan barang 
tidak perlu menghias atau melakukan peragaan tingkap 
melakukan bagi menarik pengguna

JENIS PEMBORONG

Soalan : Kenalpasti jenis perniagaan borong.
  • Terdiri drpd pemborong saudagar dan ejen
  • pemborong saudagar Terdiri drpd Pemborong Berfungsi Penuh & Pemborong Berfungsi Terhad
  • Pemborong Berfungsi Penuh terdiri drpd pemborong am, pemborong khusus dan pemborong satu barisan.
  • Pemborong Berfungsi Terhad
    • Pemborong pesanan mel
    • Pemborong pesanan berwakil
    • Pemborong perkhidmatan pengangkutan
    • Pemborong bayar dan bawa
    • Pemborong jober para
  • ejen – ejen pengeluar, ejen penjual & broker

Soalan : Jelaskan dgn contoh jenis perniagaan borong.
PEMBORONG SAUDAGAR
  • pemborong yang membeli pelbagai jenis barang daripada pengeluar dan menjualnya      kepada peruncit.
  • mempunyai hak milik ke atas barang
  • menanggung risiko kerugian jika barang-barang tidak dapat dijual.
  • dikategorikan kepada dua, iaitu pemborong berfungsi penuh dan pemborong berfungsi terhad.


Pemborong Berfungsi Penuh

  • menjalankan semua tugas seseorang pemborong.
  • membeli dan menjual barang, memecah pukal, memberikan bantuan
kewangan, menyediakan kemudahan pergudangan dan pengangkutan, menyampaikan maklumat pasaran, melakukan promosi
  • dikelaskan kepada tiga kumpulan utama, iaitu pemborong am, pemborong khusus dan pemborong satu barisan.

1. Pemborong am
·         membeli dan menjual pelbagai jenis barang yang tidak mempunyai kaitan.
·         Contohnya, pemborong yang menjual barang keperluan harian seperti garam, gula serta barang kosmetik di tempat yang sama.
2. Pemborong khusus
·         membeli dan menjual sesuatu jenis barang 
·         Contohnya, pemborong kasut yang menjual pelbagai jenama kasut seperti Nike
3. Pemborong satu barisan
·         membeli dan menjual sekumpulan barang yang sama jenis.
·         Contohnya, pemborong hasil pertanian yang menjual pelbagai jenis buah-buahan termasuklah anak pokok dan baja.

Pemborong Berfungsi Terhad

  • tidak menjalankan semua fungsi yang ditawarkan oleh pemborong untuk mengurangkan kos pengendalian.
  • Terdapat lima jenis pemborong berfungsi terhad, iaitu:
1. Pemborong pesanan mel
2. Pemborong pesanan berwakil
3. Pemborong perkhidmatan pengangkutan
4. Pemborong bayar dan bawa
5. Pemborong jober para

1. Pemborong pesanan mel

·         menjalankan urus niaga melalui pos.
·         menghantar borang pesanan bersama katalog menerusi pos.
·         Pelanggan memilih barang berpandukan katalog yang dihantar.
·         Pesanan, bayaran dan penghantaran barang dibuat melalui pos.
·         Contoh barang - barang kosmetik
·         Barang ini biasanya bersaiz kecil, ringan dan tidak mudah rosak.


2. Pemborong pesanan berwakil (drop shipper)
·         menyampaikan pesanan pembeli terus kepada pengeluar atau pengilang.
·         memainkan peranan sebagai wakil pengeluar dan tidak mempunyai hak milik.
·         tidak perlu menyediakan kemudahan pergudangan.
·         menjadi perantara dalam pengagihan barang daripada penjual atau pengeluar kepada pembeli.
·         barang yang sesuai - bahan-bahan binaan seperti simen, besi, batu-bata
3. Pemborong perkhidmatan pengangkutan
·         menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti lori, lori kontena dan treler bagi mengangkut barang yang berkuantiti besar bagi pihak pengeluar.
·         Contohnya, Nepline, Kontena Nasional dan Shapadu.
4. Pemborong bayar dan bawa
·         menjual barang pada harga yang murah dan secara tunai kepada peruncit.
·         tidak menyediakan kemudahan kredit kepada para peruncit.
·         Peruncit menggunakan pengangkutan sendiri untuk membawa balik barang Contohnya, Pasar Borong Selangor - pusat pengumpulan bagi hasil pertanian, perikanan dan penternakan manakala Giant, Makro, Carrefour dan Mydin - barang keperluan harian pengguna
5. Pemborong jober para(rack jobber)
·         membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit
·         memperagakan - secara rapi di atas rak-rak
·         dimiliki oleh pemborong selagi ia masih diperagakan di rak
·         Peruncit dikenakan bayaran – bagi barang-barang yang telah dijual.

·         melancarkan program promosi dan pengiklanan di televisyen
·         menjual barang-barang berjenama terkenal - Gardenia, ais krim Walls

EJEN
·         orang tengah yang dilantik oleh prinsipal untuk menjual barang bagi pihaknya. 
·         tidak mempunyai hak milik
·         tidak menanggung sebarang risiko kerugian.
·         tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan harga barang jualan.







Soalan : Huraikan aktiviti ejen dan broker
Ejen Pengeluar
·         wakil pengedar yang dilantik oleh beberapa pengeluar yang  menghasilkan keluaran berlainan dan bukan pesaing antara satu sama lain.
·         tidak berhak untuk menentukan strategi pemasaran bagi pihak pengilang
·         memasarkan mengedarkan barang-barangnya ke kawasan-kawasan baru yang belum diterokai pengeluar.
·         Contoh ejen pengeluar ialah Edaran Otomobil Nasional (EON) dan Proton Edar yang memasarkan atau mengedarkan model kereta keluaran negara.
Ejen Penjual
·         memasarkan barang keluaran pengeluar kecil-kecilan memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran.
·         sebagai perancang pemasaran yang menjalankan aktiviti penyelidikan pasaran, merancangkan keluaran, menetapkan harga dan mempromosi.
·         menerima komisen daripada pengeluar bagi perkhidmatan yang disediakannya.
Broker
·         menemukan penjual dengan pembeli.
·         dilantik oleh pengeluar untuk mengendalikan urusan jual beli.
·         tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang diniagakan.
·         tidak berhak membuat kontrak
·         tidak boleh menjual beli barang atas namanya sendiri
·         tidak mempunyai hak untuk memberikan kredit
·         menerima bayaran atau mengeluarkan resit pembayaran kepada pembeli.
·         menerima komisen sebagai ganjaran terhadap perkhidmatannya
·         tidak berkongsi untung dengan prinsipal.
·         Contoh - broker hartanah dan saham.

Soalan : Apakah kritikan tentang peranan yg dimainkan oleh pemborong.
·         Tidak memberi perkhidmatan yg berguna
·         Semata-mata menambah harga barang jualan
·         Tindas masyarakat desa
·         Beli murah dr pengeluar & jual mahal kpd pguna






Soalan : Nilaikan kepentingan pemborong kpd peruncit & pengeluar
Soalan : Kesan penghapusan pemborong kpd peruncit & pengeluar

Kpd pengeluar
  • Menubuhkan gudang
  • Buka rantaian kedai runcit
  • Modal lebih
  • Belanja cari pasaran & iklan
  • Kos overhed
  • Mengumpul maklumat sendiri

Kpd peruncit
  • Beli pukal drpd pengeluar
  • Sedia gudang
  • Bayar tunai
  • Berhubung dgn pelbagai pengeluar
  • Modal lebih
  • Kerja akhir

PENGAMBIL ALIHAN FUNGSI PEMBORONG

Soalan : Senaraikan keadaan-keadaan yang membolehkan peranan pemborong diambil alih.

1. KEMUNCULAN PERNIAGAAN RUNCIT BESAR-BESARAN
  • Contohnya gedung aneka jabatan - mendapatkan bekalan terus daripada pengeluar.
  • memiliki modal yang besar dan mampu membeli barang secara pukal dan
  • menanggung kos tambahan - pergudangan dan pengangkutan serta melakukan kerja-kerja akhir
  • Koperasi runcit - gabungan pengguna untuk membeli barang secara terus daripada pengeluar - harga belian yang murah.
2. BENTUK LAIN PERUNCITAN
  • mesin peruncitan automatik, pesanan mel, jualan langsung, e-dagang dan kedai katalog
  • membolehkan pengeluar menjual keluarannya terus kepada pengguna akhir
3. PENUBUHAN KEDAI SEJARAS
  • Pengeluar menubuhkan rangkaian kedai sendiri
  • memasarkan barang keluaran kilangnya terus kepada pengguna.
  • Cawangan - di seluruh negara.
  • syarikat Bata Berhad dan syarikat Singer Berhad.
4. PELANTIKAN EJEN OLEH PENGELUAR
  • barang-barang berkualiti tinggi yang memerlukan penerangan terperinci oleh pengeluar seperti komputer
5. PENUBUHAN AGENSI PEMASARAN OLEH KERAJAAN
  • Contohnya, kerajaan telah menubuhkan Persekutuan Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) untuk memasarkan hasil pertanian



6. BARANG YANG DIPESAN KHAS OLEH PENGGUNA
  • Barang yang dibuat menurut arahan atau tempahan khas pengguna
  • akan dihantar oleh pengeluar kepada pembeli.
  • Barang yang sesuai - cermin mata, pakaian yang ditempah khas.
  • barang-barang yang berteknologi tinggi yang pasarannya terhad dan mahal seperti kapal terbang

Soalan : Bagaimana pemborong dapat terus wujud.
  • pecah pukal
  • pergudangan
  • pemberian kredit
  • promosi