animasi  bergerak gif

DO IT !

Have faith in your abilities!

DREAM IT !

Believe in yourself!

SPREAD IT !

Believe in Miracle!
 

Pages

BAB 3.(TINGKATAN 4) PERNIAGAAN BORONG

Sunday, January 12, 2014

PERNIAGAAN BORONG


Soalan : Huraikan Fungsi Pemborong Kepada Pengeluar
1. Membeli stok secara pukal dan memecah pukal
  • membolehkan pengeluar melakukan pengeluaran barang secara besar-besaran & mendapat modal pusingan cepat
  • menjimatkan kos pengeluaran kerana kerja pembungkusan dan upah pekerja ditanggung oleh pemborong
2. Mengurangkan kos pergudangan
  • menyediakan kemudahan pergudangan sendiri bagi menyimpan stok pukal yang dibeli
  • barang keluarannya tidak disimpan lama.
3. Mengurangkan kos pengangkutan
  • memiliki kemudahan mengangkut barang yang dibeli ke gudangnya.
  • tidak perlu menyediakan kenderaan sendiri
4. Pengendali pasaran
  • memperluaskan lagi pasaran bagi produknya.
  • pemborong mempunyai rangkaian peruncit sendiri untuk mengagihkan barangnya.
5. Memberi maklumat pasaran
·         orang tengah antara pengeluar dengan peruncit.
·         menyampaikan teguran serta komen peruncit dan pelanggannya kepada pengeluar.

Soalan : Huraikan Fungsi Pemborong Kepada Peruncit
1. Membekalkan beraneka jenis barang
  • memudahkan - tidak perlu - mendapatkan bekalan stok daripada pelbagai pengeluar dari merata-rata tempat.
2. Memberi kemudahan kredit
  • menangguhkan bayaran atau hutangnya sehingga barang itu dijual kepada pengguna.
  • merancang modal pusingan dengan sempurna.
3. Menghantar barang kepada peruncit
  • tidak perlu menyediakan kenderaan sendiri
  • menjimatkan kos pengangkutan dan masa peruncit.
4. Menyimpan stok yang mencukupi
  • membolehkan peruncit mendapat bekalan secara berterusan dan ini
  • mengekalkan pelanggannya
5. Memberi maklumat dan nasihat
·         berkenaan barang baru kepada peruncit.



Soalan : Huraikan Fungsi Pemborong Kepada Pengguna
1. Menstabilkan harga barang
·         sentiasa menyimpan stok barang yang mencukupi
·         mengelakkan kenaikan harga barang.
·         menerima manfaat menerusi harga barang yang stabil.
2. Menyediakan bekalan yang berterusan
  • menyimpan stok yang mencukupi dalam gudangnya
  • supaya bekalan tidak terputus – elak cenderung membeli banyak
  • menyebabkan perbelanjaan pengguna meningkat.
3. Menyampaikan maklumat
  • memberitahu peruncit tentang maklumat yang terkini bagi produknya.
4. Melakukan kerja-kerja akhir / pecah pukal
  • seperti menggred, membungkus, menimbang, melabel dan sebagainya.
5. Mempelbagaikan pilihan
  • mempelbagaikan pilihan pengguna akhir terhadap barang beraneka jenis yang ada pada peruncit.

Soalan : Terangkan Persamaan antara Perniagaan Borong dengan Perniagaan Runcit
1. Aktiviti pengagihan barang
·         membeli barang bagi tujuan untuk dijual semula 
2. Bermotifkan keuntungan
·         menjalankan kegiatan jual beli dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. 
3. Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
·         mengagihkan barang agar bekalan dapat disampaikan kepada pengguna akhir
4. Melakukan kegiatan memecah pukal
·         seperti menggred, membungkus, menimbang, melabel dan sebagainya.
5. Bertindak sebagai sumber maklumat pasaran
·         menyalurkan maklumat pasaran kepada pengeluar - reaksi pelanggan, cita rasa pengguna
Soalan : Nyatakan Perbezaan antara Perniagaan Borong dengan Perniagaan Runcit
·         Modal
·         Kos promosi dan iklan
·         Kos pergudangan
·         Kerja-kerja akhir
·         Peragaan
·         Kemudahan membeli-belah

Soalan : Mengapa pemborong memerlukan modal besar.
·         Beli pukal & bayar tunai
·         Beri kredit & tanggung risiko hutang lapuk
·         Belanja gudang
·         Risiko simpan stok
·         Kos overhed tinggi – iklan & gaji
·         Kendali pengangkutan


Soalan : Nyatakan Perbezaan antara Perniagaan Borong dengan Perniagaan Runcit


Perniagaan Borong
Perniagaan Runcit
1. Kedudukan dalam saluran agihan
orang tengah antara pengeluar dengan peruncit.
peruncit - orang tengah antara pemborong dengan pengguna akhir.
2 Saiz pembelian barang
secara pukal daripada pengeluar
dalam kuantiti yang kecil daripada pemborong
3. Saiz modal
besar - menyediakan kemudahan pelbagai
kecil
4 kemudahan gudang
untuk menyimpan stok pukal yang dibeli daripada pengeluar
tidak ada kerana stok diperoleh daripada pemborong
5 Hiasan dan peragaan barang 
tidak perlu menghias atau melakukan peragaan tingkap 
melakukan bagi menarik pengguna

JENIS PEMBORONG

Soalan : Kenalpasti jenis perniagaan borong.
  • Terdiri drpd pemborong saudagar dan ejen
  • pemborong saudagar Terdiri drpd Pemborong Berfungsi Penuh & Pemborong Berfungsi Terhad
  • Pemborong Berfungsi Penuh terdiri drpd pemborong am, pemborong khusus dan pemborong satu barisan.
  • Pemborong Berfungsi Terhad
    • Pemborong pesanan mel
    • Pemborong pesanan berwakil
    • Pemborong perkhidmatan pengangkutan
    • Pemborong bayar dan bawa
    • Pemborong jober para
  • ejen – ejen pengeluar, ejen penjual & broker

Soalan : Jelaskan dgn contoh jenis perniagaan borong.
PEMBORONG SAUDAGAR
  • pemborong yang membeli pelbagai jenis barang daripada pengeluar dan menjualnya      kepada peruncit.
  • mempunyai hak milik ke atas barang
  • menanggung risiko kerugian jika barang-barang tidak dapat dijual.
  • dikategorikan kepada dua, iaitu pemborong berfungsi penuh dan pemborong berfungsi terhad.


Pemborong Berfungsi Penuh

  • menjalankan semua tugas seseorang pemborong.
  • membeli dan menjual barang, memecah pukal, memberikan bantuan
kewangan, menyediakan kemudahan pergudangan dan pengangkutan, menyampaikan maklumat pasaran, melakukan promosi
  • dikelaskan kepada tiga kumpulan utama, iaitu pemborong am, pemborong khusus dan pemborong satu barisan.

1. Pemborong am
·         membeli dan menjual pelbagai jenis barang yang tidak mempunyai kaitan.
·         Contohnya, pemborong yang menjual barang keperluan harian seperti garam, gula serta barang kosmetik di tempat yang sama.
2. Pemborong khusus
·         membeli dan menjual sesuatu jenis barang 
·         Contohnya, pemborong kasut yang menjual pelbagai jenama kasut seperti Nike
3. Pemborong satu barisan
·         membeli dan menjual sekumpulan barang yang sama jenis.
·         Contohnya, pemborong hasil pertanian yang menjual pelbagai jenis buah-buahan termasuklah anak pokok dan baja.

Pemborong Berfungsi Terhad

  • tidak menjalankan semua fungsi yang ditawarkan oleh pemborong untuk mengurangkan kos pengendalian.
  • Terdapat lima jenis pemborong berfungsi terhad, iaitu:
1. Pemborong pesanan mel
2. Pemborong pesanan berwakil
3. Pemborong perkhidmatan pengangkutan
4. Pemborong bayar dan bawa
5. Pemborong jober para

1. Pemborong pesanan mel

·         menjalankan urus niaga melalui pos.
·         menghantar borang pesanan bersama katalog menerusi pos.
·         Pelanggan memilih barang berpandukan katalog yang dihantar.
·         Pesanan, bayaran dan penghantaran barang dibuat melalui pos.
·         Contoh barang - barang kosmetik
·         Barang ini biasanya bersaiz kecil, ringan dan tidak mudah rosak.


2. Pemborong pesanan berwakil (drop shipper)
·         menyampaikan pesanan pembeli terus kepada pengeluar atau pengilang.
·         memainkan peranan sebagai wakil pengeluar dan tidak mempunyai hak milik.
·         tidak perlu menyediakan kemudahan pergudangan.
·         menjadi perantara dalam pengagihan barang daripada penjual atau pengeluar kepada pembeli.
·         barang yang sesuai - bahan-bahan binaan seperti simen, besi, batu-bata
3. Pemborong perkhidmatan pengangkutan
·         menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti lori, lori kontena dan treler bagi mengangkut barang yang berkuantiti besar bagi pihak pengeluar.
·         Contohnya, Nepline, Kontena Nasional dan Shapadu.
4. Pemborong bayar dan bawa
·         menjual barang pada harga yang murah dan secara tunai kepada peruncit.
·         tidak menyediakan kemudahan kredit kepada para peruncit.
·         Peruncit menggunakan pengangkutan sendiri untuk membawa balik barang Contohnya, Pasar Borong Selangor - pusat pengumpulan bagi hasil pertanian, perikanan dan penternakan manakala Giant, Makro, Carrefour dan Mydin - barang keperluan harian pengguna
5. Pemborong jober para(rack jobber)
·         membekalkan pelbagai jenis barang kepada peruncit
·         memperagakan - secara rapi di atas rak-rak
·         dimiliki oleh pemborong selagi ia masih diperagakan di rak
·         Peruncit dikenakan bayaran – bagi barang-barang yang telah dijual.

·         melancarkan program promosi dan pengiklanan di televisyen
·         menjual barang-barang berjenama terkenal - Gardenia, ais krim Walls

EJEN
·         orang tengah yang dilantik oleh prinsipal untuk menjual barang bagi pihaknya. 
·         tidak mempunyai hak milik
·         tidak menanggung sebarang risiko kerugian.
·         tidak mempunyai kuasa untuk mengurangkan harga barang jualan.







Soalan : Huraikan aktiviti ejen dan broker
Ejen Pengeluar
·         wakil pengedar yang dilantik oleh beberapa pengeluar yang  menghasilkan keluaran berlainan dan bukan pesaing antara satu sama lain.
·         tidak berhak untuk menentukan strategi pemasaran bagi pihak pengilang
·         memasarkan mengedarkan barang-barangnya ke kawasan-kawasan baru yang belum diterokai pengeluar.
·         Contoh ejen pengeluar ialah Edaran Otomobil Nasional (EON) dan Proton Edar yang memasarkan atau mengedarkan model kereta keluaran negara.
Ejen Penjual
·         memasarkan barang keluaran pengeluar kecil-kecilan memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran.
·         sebagai perancang pemasaran yang menjalankan aktiviti penyelidikan pasaran, merancangkan keluaran, menetapkan harga dan mempromosi.
·         menerima komisen daripada pengeluar bagi perkhidmatan yang disediakannya.
Broker
·         menemukan penjual dengan pembeli.
·         dilantik oleh pengeluar untuk mengendalikan urusan jual beli.
·         tidak mempunyai hak milik ke atas barang yang diniagakan.
·         tidak berhak membuat kontrak
·         tidak boleh menjual beli barang atas namanya sendiri
·         tidak mempunyai hak untuk memberikan kredit
·         menerima bayaran atau mengeluarkan resit pembayaran kepada pembeli.
·         menerima komisen sebagai ganjaran terhadap perkhidmatannya
·         tidak berkongsi untung dengan prinsipal.
·         Contoh - broker hartanah dan saham.

Soalan : Apakah kritikan tentang peranan yg dimainkan oleh pemborong.
·         Tidak memberi perkhidmatan yg berguna
·         Semata-mata menambah harga barang jualan
·         Tindas masyarakat desa
·         Beli murah dr pengeluar & jual mahal kpd pguna






Soalan : Nilaikan kepentingan pemborong kpd peruncit & pengeluar
Soalan : Kesan penghapusan pemborong kpd peruncit & pengeluar

Kpd pengeluar
  • Menubuhkan gudang
  • Buka rantaian kedai runcit
  • Modal lebih
  • Belanja cari pasaran & iklan
  • Kos overhed
  • Mengumpul maklumat sendiri

Kpd peruncit
  • Beli pukal drpd pengeluar
  • Sedia gudang
  • Bayar tunai
  • Berhubung dgn pelbagai pengeluar
  • Modal lebih
  • Kerja akhir

PENGAMBIL ALIHAN FUNGSI PEMBORONG

Soalan : Senaraikan keadaan-keadaan yang membolehkan peranan pemborong diambil alih.

1. KEMUNCULAN PERNIAGAAN RUNCIT BESAR-BESARAN
  • Contohnya gedung aneka jabatan - mendapatkan bekalan terus daripada pengeluar.
  • memiliki modal yang besar dan mampu membeli barang secara pukal dan
  • menanggung kos tambahan - pergudangan dan pengangkutan serta melakukan kerja-kerja akhir
  • Koperasi runcit - gabungan pengguna untuk membeli barang secara terus daripada pengeluar - harga belian yang murah.
2. BENTUK LAIN PERUNCITAN
  • mesin peruncitan automatik, pesanan mel, jualan langsung, e-dagang dan kedai katalog
  • membolehkan pengeluar menjual keluarannya terus kepada pengguna akhir
3. PENUBUHAN KEDAI SEJARAS
  • Pengeluar menubuhkan rangkaian kedai sendiri
  • memasarkan barang keluaran kilangnya terus kepada pengguna.
  • Cawangan - di seluruh negara.
  • syarikat Bata Berhad dan syarikat Singer Berhad.
4. PELANTIKAN EJEN OLEH PENGELUAR
  • barang-barang berkualiti tinggi yang memerlukan penerangan terperinci oleh pengeluar seperti komputer
5. PENUBUHAN AGENSI PEMASARAN OLEH KERAJAAN
  • Contohnya, kerajaan telah menubuhkan Persekutuan Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) untuk memasarkan hasil pertanian



6. BARANG YANG DIPESAN KHAS OLEH PENGGUNA
  • Barang yang dibuat menurut arahan atau tempahan khas pengguna
  • akan dihantar oleh pengeluar kepada pembeli.
  • Barang yang sesuai - cermin mata, pakaian yang ditempah khas.
  • barang-barang yang berteknologi tinggi yang pasarannya terhad dan mahal seperti kapal terbang

Soalan : Bagaimana pemborong dapat terus wujud.
  • pecah pukal
  • pergudangan
  • pemberian kredit
  • promosi

 

0 comments:

Post a Comment